Saturday, February 23, 2013

Keluarga Angkat



Bismillah
Assalamualaikum, salam sejahtera..
Entry kalini spatutnya aku post sem lps..tapi sbb busy sgt, baru harini dpt critakan sdikit knangan manis yg aku lalui sem lps..
Kisahnya bermula apabila aku kna anjur 1 program yg wajib dilaksanakan oleh smua guru platih dkt mktab iaitu program Anak Angkat..kbetulan aku yg jadi ktua unit sem lps, so tugas utk jayakan program ni trpaksa aku pikul..
Lokasi pertama yg aku pilih ialah sbuah kampung dkt Lenggong, Perak..spertimana  yg diketahui umum, Lenggong adalah kawasan penemuan bersejarah iaitu “Perak Man” yg dipercayai artifak manusia tertua ditemui di Malaysia. So kampung yg aku pilih tu x jauh dgn lokasi penemuan Perak Man tu..aku pun siap deal dgn ktua kmpung tu utk nk buat program jungle tracking ke lokasi penemuan Perak Man tu.. Beberapa bulan sebelum program tu, aku brsama dua org rakan skelas gi buat tinjauan awal ke kampung tu..ni kali kdua aku smpai ke kmpung tu sbb sbelum ni aku dh prnah smpai ke kmpung tu disebabkan rumah mertua makcik aku dkt situ..lps dibuat tinjauan, aku brpuas hati dgn kmudahan asas yg ada dkt kmpung tu..dewan & masjid dekat je..so mudah utk nk buat program..kmudian aku mlawat lokasi utk nk ke tmpat pnemuan Perak Man tu..sgt menarik panorama bukit dkt situ..tmpat tu jgk mnjadi lokasi pengambaran filem seram ape tah..so aku pun teruja nk buat program dkt kmpung tu..
Tiba2 ada 1 hari tu, ktua kampung call aku..brita yg aku x brapa suka dgr bila dia ckp dia kekurangan keluarga angkat utk nk join program tu atas alasan org2 kampung dkt situ ramai yg dh uzur, warga emas, rumah x brapa selesa & mcm2..bagi aku, itu x mnjadi halangan..tapi bagi mereka yg nk sambut tetamu, mungkin niat mreka utk nk sediakan tmpt yg slesa utk kami..aku perlukan skurangnya 9 keluarga angkat utk join program ni..malangnya ktua kampung tu hanya brjaya cari 3 keluarga ja..baki lagi 6 keluarga dia x dpt tlg cari..so aku pasrah dgn apa yg brlaku..disebabkan tarikhnya dh dekat, so aku cepat2 prgi brbincang dgn lctrur aku..dia org kuala kangsar..dia bagi cadangan dkt aku utk buat program tu dkt Kampung Kepala Bendang, Sayong, Perak..
Sperti yg diketahui umum, Sayong dkt Perak merupakan satu2nya lokasi pmbuatan labu sayong trbesar di Malaysia..kalau nk cari labu & sgala prhiasan rumah yg menggunakan tanah, Sayong adalah lokasi trbaik..harganya sgt murah..menurut crita org kampung tu, Sayong antara lokasi yg mempunyai sumber tanah yg sgt sesuai utk nk buat labu sayong, berbeza dgn tanah2 di tempat lain..
Keesokan harinya lctrur aku gi jumpa dgn ktua kmpung Kepala Bendang tu & Alhamdulillah dia stuju utk kami buat program Anak Angkat dkt situ..so aku pun mula mrancang plan utk buat program dkt situ..
Sbenarnya aku dh prnah smpai kmpung tu sbb beberapa tahun yg lps aku dikehendaki mlakukan sdikit kajian dkt situ utk subjek Kajian Sosial..
Hari 1st aku smpai dkt situ adalah hari Jumaat..so aku & kwn2 brkumpul dkt dewan org ramai & lakukan sikit prsiapan tempat utk mjlis prasmian..kmudian, kami mkn tengahari (makanan yg aku tempah dkt org kmpung tu sgt sedap)..lps tu, aku dpt panggilan drpd P.A kpd sorang ADUN dkt situ..dia ckp ADUN tu dh luluskan prmohonan sumbangan yg aku mintak..Alhamdulillah, lega rasa hati..lebih sronok sbb ADUN tu jgk stuju utk dtg rasmikan mjlis penutupan nanti..lps gi ambik cek, aku dgn kwn2 trus jln kaki ke masjid brdekatan utk tunaikan solat Jumaat..dkt masjid tu, aku prgi brjumpa dgn sorg AJK msjid tu utk minta beliau buat pengumuman & hebahan kpd kanak2 di kampung tu utk menghadiri acara Sukaneka yg kami adakan pada keesokan harinya..
Lps solat Jumaat, diadakan mjlis pnyerahan kluarga angkat kpd kami..Alhamdulillah, aku dpt sorg ayh angkat yg sgt sporting & periang..lebih sronok sbb dia bagi aku pinjam kreta dia spanjang program trsebut..pastu dia bagi kunci homestay milik dia...perghhhh...slesa la jgk....mana tidaknya...siap ada aircond lagi...bapa angkat aku adalah slh sorg pengusaha labu sayong dkt kampung tu..brdasarkan apa yg dia crita, dia mewarisi pmbuatan labu sayong tu drpd ibu bapanya..slain itu, dia mengusahakan homestay, gerai minum, kdai runcit & sebuah tempat utk karoeke..
Disebabkan bapa angkat taukeh kdai karoeke, so mlm tu dia ajak aku karoeke dkt kdai dia..haha..so ape lagi, aku lyn lagu Awie lah...sbelum tu dia bwk aku mkn mlm dkt pekan kuala kangsar..dia ckp bini dia jarang masak sbb sibuk jaga kdai runcit..malam tu dia sempat tunjuk dkt aku cara pembuatan labu sayong gergasi..sukar jgk utk nk buat labu sayong tu..memang perlukan org yg btul2 mahir..
Keesokan harinya dia ajak aku teman dia gi knduri kwn dia dkt area sungai perak..sgt best sbb budaya knduri dkt situ sgt brbeza..aku brpeluang tgk bapa pengantin bersilat dkt dpn umah bagi meraikan kdatangan pngantin..sgt best..petang tu pulak, kami jalankan aktiviti sukaneka spertimana yg dirancang...sgt sronok sbb ramai knk2 yg dtg..siap ibubapa dtg tgk skali...meriah 1 kampung..
Dipendekkan crita, hari trakhir dkt kampung tu sdikit rasa sdih la sbb dh nk brpisah dgn bapa angkat aku...dia hadiahkan aku labu sayong gergasi, labu air & bekas pensel..smuanya diperbuat daripada tanah liat..